Saturday, 19 November 2011

UNPREDICTABLE ~ Bab 1

“Ready?” tanya soeorang gadis yang sedang mengambil senjata api dan pistol yang akan diletakkan di dalam skirtnya. Dia memakai baju kemeja bewarna merah dan skirt paras lutut bewarna hitam.

“Let’s rock the world!” kata seorang lelaki yang memakai cermin mata. Dia sedang duduk di hadapan beberapa komputer.

“Melly, okey tak?” tanya Nora yang kelihatan amat cantik dalam pakaian seperti baju pekerja bank. Melly kelihatan agak mengagumkan dalam persalinannya iaitu baju blaus dan seluar . Maryssa pula kelihatan santai dengan baju bewarna merah dan seluar bewarna hitam.

“ Okey, semua bergerak.” arah Ellen. Mereka membawa beg setiap seorang  sambil keluar dari van yang diletakkan di belakang bangunan bank. Julianna dan Alyna segera memanjat bangunan enam tingkat itu. Ellen, Maryssa, Nora dan Melly memasuki bangunan itu. Beberapa pasang mata memandang empat jeitawan itu yang memasuki bank.

     Julianna dan Alyna segera berlari di atas bumbung. Mereka menuruni tangga ke arah bilik kawalan. Alyna mengetuk pintu bilik kawalan. Dia yang memakai baju gaun dan legging bewarna hitam kelihatan amat cantik. Rambutnya diikat satu. Tangannya yang sedang memegang sepucuk pistol digerakkan ke belakang.

“Ya, cik. Mat, Pak Ali kat bawah hantar orang cun lagilah. Lawa sungguh orangnya.” puji seorang pengawal yang memakai tag nama ‘Zulkifli’. Alyna tersenyum sebelum masuk ke dalam. Sebaik sahaja masuk ke dalam, Alyna mengetuk kepala Zulkifli dengan pistol lalu mengacukan kepada lelaki yang dipanggil Mat.

     Julianna segera masuk sebelum tersenyum melihat tindakan Alyna yang cantik namun sedikit ganas. Apabila Mat menyedari apa yang berlaku, dia segera menarik Alyna lalu membuatkan tangan Alyna mengacukan pistol kepada dia sediri.

“Pergi sekarang! Kalau tak, aku tembak kawan  kau!” ugut Mat. Zulkifli hanya terbaring tidak sedarkan diri.
“Tembaklah kalau berani sangat.” sindir Julianna. Dia terus menoleh ke arah komputer di hadapnnya. Kedengaran bunyi tembakan dan disusuli dengan erangan Mat. Alyna bergerak ke arah Julianna. Dia mengambil picagari dari beg Julianna lalu menyuntikannya ke bahu Zulkifli. Suntikan itu mengandungi racun.

     Sementara itu, empat gadis jelitawan di bawah menaiki lif pergi ke tingkat lima yamg mempunyai bilik kebal. Setiap seorang dari mereka memasang bluetooth di telinga. Mereka berempat bersedia untuk melakukan tugas mereka. Kesemua bluetooth yang dipakai bersambung antara satu sama lain. Fungsinya sama sahaja dengan walkie taklkie.

“Girls, sekarang?’ tanya Jade yang berada di dalam van.

“I am ready.” balas Julianna yang sedang menggodam pusat kawalan bank itu.

“Dude, yeah.” ujar Ellen. Mereka berempat memandang antara satu sama lain. Lif yang mereka naiki berhenti di tingkat lima.

“Now!” jerit Julianna. Alyna memeriksa keadaan di luar. Dia bersedia dengan dua pucuk pistol di tangannya. Bekalan elektrik terus terputus selama beberapa minit namun itu sudah cukup untuk Ellen, Maryssa, Nora dan Melly memakai sut khas mereka. Tidak lama kemudia bekalan elektrik bersambung semula. Dan…

“Move! Move! Move!” suara Nora kedengaran seperti suara lelaki setelah mereka memakai sut yang dilengkapi dengan alat pengubah suara. Beberapa pelanggan yang terkejut segera meniarap. Staf-staf pula mula panik dan ada yang cuba mengambil pistol di bawah meja namun Melly cepat sahaja dapat mengagak apa yang dilakukan seorang staf lelaki .

     Melly terus menembak telefon di atas meja staf menggunakan Magpul FMG 9. Staf lelaki itu tergaman dan mukanya pucat dengan tindakan Melly. Keadaan menjadi panik namun dapat dikawal. Nora masuk ke dalam bilik kebal sambil mengacukan senjata api ke arah kepala pengurus bank dan pekerjanya.

     Melly dan Ellen mengawasi setiap gerak-geri tebusan mereka. Nora dan Maryssa mengarahkan pengurus dan pekerja itu memasukkan duit ke dalam empat beg hitam yang kosong. Kerana ketakutan apabila diacukan senjata api, pengurus itu terus memasukkan duit ke dalam beg seperti yang diarahkan Nora.

     Setelah selesai semuanya, Nora keluar bersama Maryssa dengan membawa empat beg yang berisi dengan duit. Melly menepuk bahu Nora tanda tahniah atas kejayaaannya. Mereka berempat berlari menaiki tangga ke atas bumbung. Julianna dan Alyna bersedia menunggu mereka.

“C4?” tanya Melly kepada Julianna. Julianna membalas dengan anggukan dan senyuman kemenangan. Melly, Elen dan Nora membuka sut mereka dan meletakkannya dalam beg yang dibawa Alyna. Sebuah helikopter datang ke arah mereka. Seraya itu, bilik kawalan itu meletup dan mereka semua bersorak keriangan.

“Done?” jerit Jade yang memandu helikopter bewarna hitam milik Julianna. Gadis-gads itu mengangkat tangan tanda ya.Jade menurunkan helikopternya lalu para gadis menaikinya. Helikopter dibawa ke satu rumah di atas tanah persendirian di puncak bukit.

     Ellen mengambil beg-beg duit itu lalu diletakkan di dalam bilik kebal di bilik bawah tanah dengan dibantu oleh Melly. Nora pula mengambil keputusan untuk berendam di dalam tab selama beberapa puluh minit. Julianna pula terus masuk ke dalam biliknya lalu tidur. Maryssa pula terus pergi ke dapur. Jade meletakkan helikopter di tempatnya lalu berjalan ke garaj.

     Jade mengambil kereta Bugatti Veyronnya lalu dipandu keluar dari rumah gadis-gadis terbabit. Dia tersenyum mengingati kejadian tadi. Keretanya dipandu ke kondominium mewahnya di pusat bandar. Ellen yang telah siap mandi, mengorak langkah ke dapur dan mengambil sebiji epal sebelum bergerak ke ruang tamu. Dia mengigit epal yang bewarna merah itu.

“Girls! On the screen!” jerit Ellen lalu Nora dan Melly turun dari tingkat tiga rumah itu. Adlyna bergerak dari bilik rehat manakala Julianna melangkah ke dalam ruang tamu dari tingkat dua. Maryssa keluar dari dapur. Mereka bersorak kegembiraan apabila berita mengenai rompakan bank di pusat bandar muncul di kaca televisyen.

     Kelihatan video empat orang perompak sedang mengacukan pistol ke arah tebusan sebelum video dari CCTV itu terpadam. Julianna memeluk Alyna yang berada di sebelahnya. Alyna kagum dengan kemahiran Julianna dalam menggodam.

“Letih, isn’t?”tanya Melly yang berambut kerinting bagaikan maggi bewarna perang. Ellen yang berambut pendek dan kemas bewarna hitam mengaggukkan kepalanya. Maryssa mengagnggukkan kepalanya sambil menyikat rambut ikal mayangnya yang perang.

“Kerja kita adalah terapi saya.” balas Alyna yang kelihatan menawan dengan rambut yang panjang melepasi pinggang bewarna hitam keperangan. Juliannya yang berada di sebelahnya tergelak sambil menyisir rambut ikal mayangnya.

“Woi Nora! Bangunlah! Why you always sleepy at this kinda of moment?’ ejek Melly kepada Nora yang sudah terbaring di sofa panjang.

“This such a tiring day. Let me have a nice nap.” tutur Nora lalu terus memusingkan badannya. Alyna menolak pintu ke kolam renang perlahan-lahan. Ellen meminta mereka agar senyap. Secara perlahan-lahan, mereka berlima mengangkat Nora yang menjerit ketakutan apabila diangkat. Dengan sekali hayunan ke dalam kolam renang, Nora basah kuyup seraya dia menyumpah seranah rakan-rakannya.

“Babe, janganlah marah-marah. Tak syok.” kata Melly. Dia terus terjun dengan baju singlet dan seluar pendeknya. Ellen ditolak oleh Julianna lalu dia terus jatuh ke atas Melly sebelum Melly sempat melarikan diri. Alyna dan Julianna terjun ke dalam kolam bersama-sama. Kaki Maryssa pula ditarik oleh Ellen seraya dia jatuh ke dalam kolam. Mereka berenam bermain air dalam kolam renang bagi meraikan kejayaan mereka.

No comments:

Post a Comment